BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 5, 2010

Kuih Tradisional Di Malaysia


KUIH PAUH DILAYANG   

Kuih pauh dilayang merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula . Ia dibentuk menjadi kepingan rata tiga atau empat persegi, sebelum dibentuk seperti kelopak bunga, menurut cita rasa pembuatnya.
Kuih pauh dilayang agak cerewet membuatnya, dengan itu biasanya ia tidak buat dan dijual dengan meluas seperti kuih-kuih lain. Ia lebih kepada kuih istimewa bagi majlis istimewa seperti bagi merai majlis perkahwinan. Baki putih telur yang digunakan biasanya digunakan bagi membuat kuih tahi itik.

 KUIH SERABAI


Kuih serabai merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih serabai diperbuat dari tepung beras, dimasak nipis (macam lempeng) dan dimakan bersama kuah sirap gula melaka + santan-rasanya lemak manis).
Kuih ni jarang dijual di gerai kuih kecuali bulan Ramadan. Ia popular di negeri Kedah, Melaka dan Sabah
Di sesetengah negeri, kuih serabai juga biasa dihidangkan pada kenduri aruah, biasanya ia dihidangkan pada hari kelima aruah.
Dari gambar, kelihatan menyerupai dengan kuih Bengkang

 KUIH ISTERI

Kuih buah hati atau kuih isteri ialah suatu pastris cina tradisional dengan kulit berserpih dan nipis dibuat daripada labu air, pes badam, bijan dan lemak babi, dirempahkan dengan serbuk panca rempah (adunan rempah Cina jintan hitam, bunga lawang, akar manis dan bunga cengkih). Kuih buah hati adalah terjemahan harfiah Low Paw Bang dari loghat Kantonis.
Ada banyak kelas dijalankan di Hong Kong untuk membuat kuih buah hati. Kuih buah hati, walaupun ia mempunyai sejarah yang panjang, masih lagi masyhur di kalangan ramai di Hong Kong dan Tanah Besar China. Banyak orang di Hong Kong, dan juga tukang masak profesional, membuat pelbagai kelainan "moden" kuih ini.

Asal-usul legenda

Ada dua lagenda yang cuba untuk menjelaskan asal-usul kuih hati manis. Satu memberitahu cerita sepasang suami isteri yang tinggal hidup yang miskin, di kemaharajaan China. Mereka cinta sesama sendiri dan tinggal di sebuah kampung kecil.
Tiba-tiba, suatu penyakit penuh misteri tersebar. Bapa suami menjadi sakit. Sepasang suami isteri itu belanja semua wang mereka supaya dapat rawat bapa suami, tetapi dia masih sakit. Isteri menjual dirinya sebagai seorang hamba demi wang untuk membeli wang untuk bapa mertuanya.
Apabila suami mendapati apa yang isterinya telah laku, dia buat sebuah kuih yang diintisari dengan wintermelon dimaniskan dan buah badam. Dia mendedikasikan pastri ini kepada isterinya, yang dia tidak akan lupa dan menjualnya. Kuihnya menjadi sangat masyhur yang dia dapat menggaji cukup wang untuk membeli isterinya balik.
Suatu lagi versi adalah di mana suami mencari isterinya selepas dia menggaji cukup wang untuk membelinya balik. Dalam cariannya, dia meminum secawan teh di sebuah rumah teh tempatan, apabila dia tiba-tiba mengecam pastri mereka berkhidmat dengan teh. Mereka disatukan semula di rumah teh.

 KUIH BAKUL


Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "nian gao" (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo​) bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "semakin tahun semakin tinggi" (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".

PUTU MAYAM


Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka, Malaysia dan Singapura sebagai snek.
Selain putu mayam terdapat juga putu buluh dan putu piring.

VADAI

Vadai atau (vada, wada, vade), disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau,daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali.

Satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.

0 comments: